UTHM Institutional Repository

Pembinaan e-modul mata pelajaran Hidrologi: kajian di Politeknik Shah Alam

Mohamed, Nor Hidayah (2004) Pembinaan e-modul mata pelajaran Hidrologi: kajian di Politeknik Shah Alam. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
PEMBINAAN E-MODUL MATA PELAJARAN HIDROLOGI KAJIAN DI POLITEKNIK SHAH ALAM.pdf

Download (4MB) | Preview
[img] Text (Full text)
PEMBINAAN E-MODUL MATA PELAJARAN HIDROLOGI KAJIAN DI POLITEKNIK SHAH ALAM full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bukan perkara yang baru diperkenalkan di arena pendidikan. Pelbagai bentuk MPK yang semakin berkembang di negara kita terutamanya modul bercetak yang merupakan modul paling popular di kalangan pengajar dan pelajar. Sungguhpun begitu, MPK dalam bentuk elektronik yang berintegrasikan multimedia merupakan perkara baru yang semakin berkembang dan perlu diberi penekanan dalam meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan di negara kita amnya. Justeru, kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan menilai sejauhmana keberkesanan MPK berasaskan multimedia yang dikenali sebagai e-modul yang dibangunkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik. Penyelidik telah menguji sejauhmana e-modul ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar, bersifat interaktif, mesra pelajar, fleksibel dan tahap kepuasan pelajar terhadap hasil keseluruhan e-modul yang dibina. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Semester 6, Politeknik Shah Alam. Melalui penggunaan instrumen soal selidik, pengumpulan data atau penilaian kajian adalah berdasarkan kepada persepsi pelajar terhadap keberkesanan e-modul yang dibangunkan. Segala data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) Versi 11.0 yang melibatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap peningkatan kefahaman pelajar, interaktif, mesra pengguna, fleksibel serta hasil keseluruhan berada pada tahap yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 30 Sep 2019 06:34
Last Modified: 02 Feb 2020 03:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12057
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year