UTHM Institutional Repository

Pembangunan modul subjek pencukaian Malaysia 1 (P 419) bagi pelajar Diploma Akauntasi di politeknik

Md Osman, Siti Zuraidah (2003) Pembangunan modul subjek pencukaian Malaysia 1 (P 419) bagi pelajar Diploma Akauntasi di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] PDF
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_MODUL_SUBJEK_PERCUKAIAN_MALAYSIA_1_(_P_419_)_BAGI_PELAJAR_DIPLOMA__AKAUN.pdf

Download (1MB)

Abstract

Dewasa ini prestasi pelajar sering diperkatakan dalam dunia pendidikan. Pembangunan modul ini bertujuan mengkaji sama ada rekabentuk set modul yang dibangunkan bersesuaian dengan proses P&P bagi pelajar Diploma Akauntansi, bersifat kebolehlaksanaan ''feasible'', bersifat mesra pengguna dan memenuhi kehendak pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 94 orang pelajar di dua buah Politeknik telah dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk memenuhi objektif dan menjawab persoalan kajian ini. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A soalan yang menggunakan skala Likert dan bahagian B yang terdiri daripada item soalan terbuka. Peratusan dan skor min (purata skor) digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa rekabentuk modul yang telah dihasilkan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Diploma Akauntansi. Responden juga bersetuju mengenai sifat kebolehlaksanaan dan mesra pengguna modul yang dibangunkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul yang dibangunkan juga telah memenuhi kehendak pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, diharapkan modul bagi kesemua topik dalam subjek Pencukaian Malaysia 1 dibangunakan pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 21 Apr 2011 00:15
Last Modified: 29 Apr 2011 06:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1218
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year