UTHM Institutional Repository

Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO

Abu Hassan, Norzainariah (2004) Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_KIT_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BAGI_MENINGKATKAN_PRESTASI_PELAJAR_SAT.pdf

Download (2MB)

Abstract

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. ABBM dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Berdasarkan penyataan ini, satu kajian dibuat bagi meninjau kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian dan motivasi pelajar apabila kit pengajaran dan pembelajaran digunakan serta mengenalpasti kebolehgunaan kit ini. Dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk 'Quasi Experimental Design' (PreTest - PostTest Control Group Design), seramai 60 responden yang terdiri daripada pelajar Saijana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn telah dibentuk kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan percubaan. Kumpulan kawalan mengalami proses pembelajaran menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan dirawat menggunakan kit pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian membuktikan bahawa prestasi pelajar meningkat apabila kit pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 01:31
Last Modified: 29 Apr 2011 06:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1227
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year