UTHM Institutional Repository

Penggunaan modul pembelajaran elektronik (MPE) pengenalan pelancongan H 111:tinjauan terhadap pensyarah dan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Johor Bahru

Mohamad, Harulnizam (2003) Penggunaan modul pembelajaran elektronik (MPE) pengenalan pelancongan H 111:tinjauan terhadap pensyarah dan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Johor Bahru. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PENGGUNAAN_MODUL_PEMBELAJARAN_ELEKTRONIK_(MPE)_PENGENALAN_PELANCONGAN_H_111__TINJAUA.pdf

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
PENGGUNAAN_MODUL_PEMBELAJARAN_ELEKTRONIK_(MPE)_PENGENALAN_PELANCONGAN_H_111__TINJAUAN_TERHADAP_PEN_full.pdf

Download (7MB)

Abstract

Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah melihat perkembangan penggunaan komputer sebagai alat berpotensi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini meninjau Penggunaan Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) dalam mata pelajaran Pengenalan Pelancongan H 111 di kalangan pensyarah dan pelajar semester satu Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Johor Bahru. Seramai 40 responden yang terdiri daripada pelajar dan tiga orang pensyarah telah dipilih bagi menjawab tiga persoalan kajian yang dinyatakan. Maklum balas melalui soal selidik pelajar telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences(SPSS) versi 11.0, manakala maklum balas soalan terbuka pensyarah pula dipersembahkan dalam bentuk jadual serta penerangan. Dalam persoalan kajian pertama, skor min keseluruhan yang diperolehi terhadap penerimaan pelajar ke atas MPE Pengenalan Pelancongan H 111 yang dihasilkan adalah di tahap baik iaitu 3.74. Manakala persoaian kajian kedua, pelajar turut bersetuju bahawa isi kandungan MPE Pengenalan Pelancongan H 111 dapat meningkatkan tahap pemahaman mereka (skor min keseluruhan 3.654). Seterusnya dalam persoalan kajian ketiga, skor min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.634 menunjukkan satu dapatan keputusan yang baik terhadap penggunaan MPE dalam membantu proses pembelajaran yang berkesan. Begitu juga dengan hasil dapatan yang diterima dari pensyarah, mendapati keputusan ketiga-tiga persoalan kajian berada di tahap setuju atau baik. Di akhir bab kajian ini, beberapa pandangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan MPE melalui pembangunan perisian yang lebih mantap di masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 08:36
Last Modified: 14 Aug 2019 03:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year