UTHM Institutional Repository

Ketrampilan teknikal dan generik pekerja lepasan Sijil Kemahiran Malaysia di industri mampu menjana k-workers mengikut perspektif pengurus industri

Jamil, Norhayati (2004) Ketrampilan teknikal dan generik pekerja lepasan Sijil Kemahiran Malaysia di industri mampu menjana k-workers mengikut perspektif pengurus industri. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KETRAMPILAN_TEKNIKAL_DAN_GENERIK_PEKERJA_LEPASAN_SIJIL_KEMAHIRAN_MALAYSIA_DI_INDUSTR.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full Text)
KETRAMPILAN TEKNIKAL DAN GENERIK PEKERJA LEPASAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DI INDUSTRIMAMPU MENJANA full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini adalah secara globalnya mengenai ketrampilan teknikal dan generik pekeija lepasan Sijil Kemahiran Malaysia di industri mampu menjana K-Workers ke arah negara industri yang berkembang pesat, menuju Wawasan 2020. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap ketrampilan teknikal dan generik pekerja lepasan Sijil Kemahiran Malaysia di industri mampu menjana K-Workers mengikut perspektif pengurus industri. Kajian ini menggunakan kaedah kombinasi (triangulasi) kuantitatif dan kualitatif. Bagi mendapatkan data kajian yang dikehendaki, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pengurus atau penyelia industri yang berkaitan. Di samping itu, temubual juga dijalankan di salah sebuah kilang elektronik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 40 orang responden. Data kajian berkaitan dengan ketrampilan teknikal, generik serta pembangunan pekeija dianalisis menggunakan perisian 'Statistical Package for Social Science 11.0 for Windows' (SPSS 11.0). Dapatan kajian yang diperolehi mempunyai nilai min yang ekstrem iaitu 3.95, menunjukkan pekeija-pekeija perlu diberi kursus-kursus yang berkaitan untuk menambah kecekapan teknikal. Ini adalah kerana pekeija-pekeija lepasan Sijil Kemahiran Malaysia tidak trampil dalam bidang teknikal bahkan mereka tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris semasa menyelesaikan masalah dan membuat laporan. Justeru itu, untuk menjana K-Workers, perlulah penglibatan semua pihak secara bekeijasama bagi menyediakan tenaga pekeija, khususnya penyedia latihan dan pihak industri. Di samping itu, pekeija-pekeija tersebut perlulah mempunyai kemahiran samada teori ataupun praktikal.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 03:33
Last Modified: 17 Nov 2019 06:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1240
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year