UTHM Institutional Repository

Merekabentuk modul pembelajaran ukur kejuruteraan(C301) berasaskan laman web

Mohamed, Nadia (2003) Merekabentuk modul pembelajaran ukur kejuruteraan(C301) berasaskan laman web. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_MEREKABENTUK_MODUL_PEMBELAJARAN_UKUR_KEJURUTERAAN_(C301)____BERASASKN_LAMAN_WEB.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full Text)
MEREKABENTUK MODUL PEMBELAJARAN UKUR KEJURUTERAAN (C301) BERASASKN LAMAN WEB full.pdf

Download (5MB)

Abstract

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan pesat dalam era globalisasi. Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan reformasi bidang pendidikan. Oleh itu, proses pembelajaran telah dirancang supaya berlaku dalam persekitaran yang kondusif yang dapat mengoptimumkan penggunaan ICT. Sejajar dengan keadaan ini, kajian 'Merekabentuk Modul Pembelajaran Berasaskan Laman Web Ukur Kejuruteraan (C301)' dijalankan dengan matlamat untuk merekabentuk dan mengkaji kesesuaian pembelajaran berbantukan komputer iaitu dengan menggunakan modul pembelajaran berasaskan web. Data-data telah diperolehi melalui borang soal selidik dan seramai 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Shah Alam telah diminta memberikan maklum balas-untuk mengetahui kesesuaian penggunaan laman web ini dalam pembelajaran Ukur Kejuruteraan (C301). Perisian "Statistical Packages For Social Sciences" (SPSS) digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data bagi memperolehi kekerapan dan skor min. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa pengkaji beijaya merekabentuk modul pembelajaran yang menggunakan teknologi informasi berasaskan web yang berkesan dan efektif. Responden juga telah bersetuju bahawa laman web yang dibangunkan dapat menjadi alternatif kepada pelajar ukur kejuruteraan mendapatkan sumber serta rujukan pembelajaran berasaskan internet dan modul ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu media pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Ukur Kejuruteraan (C301).

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Internet in education
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:04
Last Modified: 20 Nov 2019 01:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1275
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year