UTHM Institutional Repository

Tinjauan gaya pembelajaran pelajar-pelajar pekak di Sekolah Pendidikan Khas Besut, Terengganu: satu kajian kes

Jaafar, Jusma (2004) Tinjauan gaya pembelajaran pelajar-pelajar pekak di Sekolah Pendidikan Khas Besut, Terengganu: satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_TINJAUAN_GAYA_PEMBELAJARAN_PELAJAR-PELAJAR_PEKAK_DI_SEKOLAH_PENDIDIKAN_KHAS_BESUT,TE.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
TINJAUAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR PEKAK DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BESUT,TERENGGANUSATU K full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar pekak di sekolah Pendidikan Khas Besut, Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan gaya pembelajaran pelajar pekak dalam proses mengumpul dan menerima data/maklumat, dan cara pelajar berinteraksi untuk menguasai pelajaran samada secara bertulis ataupun secara lisan. Memandangkan bilangan pelajar pekak adalah terhad, maka keseluruhan pelajar seramai 31 orang merupakan responden kajian ini. Learning Style Instrument digunakan sebagai bahan untuk memenuhi objektifkajian. Kajian ini adalah berbentuk diskriptif dan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi, dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0 bagi mendapatkan nilai peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian kemudiannya dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah bagi menggambarkan maksudjawapan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pekak menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap gaya pembelajaran berbentuk Dengar/ Pandang/ Kinestetik, Bahasa Lisan/Dengar dan Pemyataan Lisan/Penyampaian Lisan. Rata-rata pelaj ar pekak memilih untuk belajar bersama-sama kumpulan berbanding belajar secara bersendirian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar pekak mempunyai kecenderungan yang sederhana terhadap gaya pembeJajaran yang melibatkan pernyata.an dan penghuraian secara bertulis. Pengkaji berharap kajian mengenai gaya pembelajaran, khususnya gaya pembelajaran pelajar khas akan terus dilaksanakan untuk memantapkan kualiti pendidikan di negara kita.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:11
Last Modified: 30 Oct 2019 02:30
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1277
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year