UTHM Institutional Repository

Kepuasan kerja dari aspek gaji dan bebanan kerja di kalangan guru:tinjauan di Sekolah Menengah Teknik di Kuala Terengganu

Mohd. Nor, Noraishah (2002) Kepuasan kerja dari aspek gaji dan bebanan kerja di kalangan guru:tinjauan di Sekolah Menengah Teknik di Kuala Terengganu. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_KEPUASAN_KERJA_DARI_ASPEK_GAJI_DAN_BEBANAN_KERJA_DI_KALANGAN_GURU_-GURU__TINJAUAN_DI.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan kerja dari aspek gaji dan bebanan kerja di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik Jalan Lapangan Terbang dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Persoalan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kepuasan kerja dari aspek gaji dan bebanan kerja di kalangan. guru, tahap kepuasan keija dari segi demografi (jantina, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar) dan seterusnya melihat hubungan kepuasan kerja dengan keinginan hendak bersara awal di kalangan guru. Seramai 164 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini berbentuk deskriptif dan kaedah yang digunakan ialah dengan mengedarkan borang soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja adalah sederhana dari aspek gaji iaitu dengan min sebanyak 2.99 dan juga bebanan keija iaitu dengan min sebanyak 3.64, terdapat perbezaan kepuasan kerja dari segi jantina dan pengalaman mengajar manakala tiada perbezaan kepuasan kerja dari segi kelulusan akademik. Selain daripada itu, tiada hubungan keinginan bersara awal dengan kepuasan kerja dari aspek gaji di mana pekali Pearson adalah 0.070 sebaliknya hubungan di antara keinginan hendak bersara awal dengan kepuasan kerja dari aspek bebanan keija adalah rendah di mana pekali Pearson adalah -0.319. Kajian ini mencadangkan agar kerajaan menaikkan gaji guru-guru agar ianya setanding dengan bebanan kerja yang dilakukan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Teachers Salaries, Teachers Workload
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:13
Last Modified: 29 Apr 2011 06:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1279
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year