UTHM Institutional Repository

Penghasilan modul motivasi kepuasan kerja terhadap staf elektronik perubatan

Wee, Soo Lee (2002) Penghasilan modul motivasi kepuasan kerja terhadap staf elektronik perubatan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text (Copyright Declaration)
Copyright Declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (298kB) | Request a copy
[img] Text (24 Pages)
24p.pdf

Download (4MB)
[img] Text (Full Text)
Full Text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (33MB) | Request a copy

Abstract

Memandangkan peranan staf teknikal yang semakin meningkat dalam tenaga kerja Malaysia, penyelidikan tentang kepuasan kerja dapat memberi gambaran terhadap pelbagai norma dan nilai mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada wujud tahap kepuasan kerja di kalangan staf elektronik perubatan di salah sebuah syarikat elektronik perubatan. Syarikat ini mengendalikan peralatan di hospital kerajaan di bandar-bandar Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Muar, Seremban, Batu Pahat, Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan mengenai pasti faktor organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja staf elektronik perubatan. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat perbezaan antara faktor demografi yang mempengaruhi kepuasan kerja staf elektronik perubatan. Seramai 30 orang responden staf elektronik perubatan telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan iaiah borang soai selidik yang diubah sesuai daripada " Job Descriptive Index" ( JDI ). Pernyataan JDI terdiri daripada lima faktor kepuasan kerja iaitu gaji, pangkat, suasana kerja, penyelia dan teman sekerja. Data-data yang diperolehi direkodkan menggunakan program SPSS versi 10 dan seterusnya beberapa analisis telah dijalankan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan interval seperti peratus, min, ujian-T dan Anova Sehala. Dapatan kajian ini menunjukkan staf-staf eiektronik perubatan berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Sebaliknya min keseluruhan faktor kepuasan kerja yang diperolehi menunjukkan mereka kurang berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Oleh itu, satu modul motivasi kepuasan kerja telah dihasilkan. Modul ini dibina berdasarkan konsep-konsep asas dan teori-teori motivasi. Modul ini bertujuan memotivasi dan merangsangkan staf-staf elektronik perubatan supaya lebih bermotivasi terhadap pekerjaan mereka. Semoga kajian ini dapat menyelesaikan masalah kepuasan kerja.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:09
Last Modified: 16 Jun 2020 00:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1281
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year