UTHM Institutional Repository

Penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia

Esa, Ahmad (2007) Penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia. Post-Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24_Pages_from_PENERAPAN_KEMAHIRAN_GENERIK_MENERUSI_KOKURIKULUM_DI_POLITEKNIK_BAGI_MEMENUHI_KEPERLU.pdf

Download (858kB)
[img] Text (Full Text)
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK MENERUSI KOKURIKULUM DI POLITEKNIK BAGI MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI DI full_page-0001.pdf
Restricted to Registered users only

Download (306MB) | Request a copy

Abstract

Kokurikulum merupakan satu daripada komponen yang penting dalam pembangunan kurikulum di mana antara peranannya ialah mensosialisasikan, membina semangat cintakan negara dan membangunkan potensi diri di kalangan pelajar. Namun begitu, belum ada kajian berkaitan peranan kokurikulum dalam membangunkan pekerja yang berpotensi di industri. Satu daripada indikator potensi kebolehpasaran ialah menguasai kemahiran generik. Oleh itll, tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada kokurikulum yang dilaksanakan di politeknik Malaysia, menerapkan kemahiran generik bagi menyediakan pelajar sebagai bakal pekerja yang berpotensi memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif. Data diperoleh menerusi tiga instrumen iaitll soal selidik, protokol temu bual dan jadual pemerhatian. Responden dipilih dalam kalangan pihak industri, pensyarah, pel ajar dan graduan politeknik. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran generik secara signifikan telah berjaya diterapkan menerusi kokurikulum di politeknik. Dapatan juga menunjukkan graduan yang berkemahiran generik adalah diperlukan oleh pihak industri di Malaysia. Namun begitu, dapatan kajian telah mengenal pasti tahap penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum masih rendah secara relatif dengan tahap keperluan kemahiran generik oleh pihak industri. Di samping itu, terdapat kesilapan padanan secara relatif antara fokus utama penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik dengan keperluan utama kemahiran generik di industri. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menangani masalah tersebut. Antaranya ialah mempelbagaikan lagi jenis kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar, menerapkan kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan sebagai kemahiran utama yang dibangunkan menerusi kokurikulul11 termasuklahjuga mewujudkan sistem penghargaan dan penganugerahan oleh institusi kepada pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 20 Apr 2011 04:07
Last Modified: 20 Jan 2020 06:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1283
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year