UTHM Institutional Repository

Tekanan kerja di kalangan guru mata pelajaran elektif di sekolah menengah teknik:satu kajian kes

Jusoh, Rus Ayunita (2001) Tekanan kerja di kalangan guru mata pelajaran elektif di sekolah menengah teknik:satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TEKANAN_KERJA_DI_KALANGAN_GURU_MATA_PELAJARAN_ELEKTIF_DI_SEKOLAH_MENENGAH_TEKNIK__SA.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
TEKANAN KERJA DI KALANGAN GURU MATA PELAJARAN ELEKTIF DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SATU KAJIAN KES DN full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau tahap tekanan kerja di kalangan guru mata pelajaran elektif di sekolah menengah teknik. Pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ialah berkaitan dengan tekanan kerja, iaitu dari aspek pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan persekitaran fizikal sekolah. Tahap tekanan keija guru bagi setiap aspek dan hubungannya dengan ketiga-tiga pembolehubah adalah menjadi fokus utama dalam kajian ini. Seramai 68 responden yang dipilih secara rawak mudah daripada Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor dan sekolah Menengah Teknik Bachok, Kelantan telah diberi borang soal selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekanan keija keseluruhan di kalangan guru menengah teknik adalah sederhana. Dapatan kajian menunjukkan guru menghadapi tekanan kerja yang sederhana dari aspek pengajaran dan pembelajaran apabila mereka berusaha meningkatkan prestasi akademik pelajar dan diikuti oleh aspek organisasi. Sementara aspek persekitaran fizikal sekolah pula menunjukkan bahawa tekanan keija yang dihadapi oleh guru adalah rendah. Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi petanda tekanan. Petanda tekanan keija yang tinggi dihadapi oleh guru-guru ialah mudah marah, diikuti oleh sakit kepala dan malas bekerja. Dapatan kajian seterusnya ialah tentang perbandingan tekanan keija antara guru lelaki dan perempuan yang menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga aspek, iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan persekitaran fizikal sekolah. Kesimpulannya, terdapat tekanan keija yang sederhana di kalangan guru sekolah menengah teknik bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Teachers job stress, teachers Mental health, teaching psychological aspects
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:28
Last Modified: 20 Nov 2019 01:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1302
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year