UTHM Institutional Repository

Pembinaan modul sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Zakaria, Farizan (2002) Pembinaan modul sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBINAAN_MODUL_SISTEM_PENGURUSAN_MASA_PEMBELAJARAN_HARIAN_BAGI_PELAJAR_DI_KOLEJ_UNI.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBINAAN MODUL SISTEM PENGURUSAN MASA PEMBELAJARAN HARIAN BAGI PELAJAR DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOL full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Proses pembelajaran sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pelajar. Namun begitu prestasi pencapaian akademik rnempunyai kesinambungan dengan perancangan dan pengurusan masa seseorang pelajar. Oleh itu, sistem pengurusan masa pembelajaran yang sistematik dan teratur perlu di dalam kehidupan seseorang itu. Kajian ini cuba mengkaji dan menghasilkan satu sistem pengurusan masa pembelajaran harian bagi pelajar di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Sistem yang dihasilkan adalah berbentuk risalah edaran iaitu jadual pengurusan masa pembelajaran harian. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik dan penilaian semula produk. Seramai 361 pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn terpilih sebagai sampel kajian, di mana mereka dipilih secara rawak. Hasil kajian ini dianalisa dengan menggunakan peratusan dan skor min. Berdasarkan kepada hasil analisis data yang diperolehi didapati sistem pengurusan masa pembelajaran harian ini amat penting kepada pelajar iaitu dengan nilai skor minnya ialah 3.48. Manakala penilaian terhadap jadual yang dihasilkan adalah memberangsangkan. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah sistem pengurusan masa pembelajaran harian ini perlu dan amat sesuai bagi setiap pelajar kerana ianya dapat membantu mereka merancang dan mengurangkan tekanan dari segi pengurusan masa pembelajaran harian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:59
Last Modified: 18 Nov 2019 06:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1316
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year