UTHM Institutional Repository

Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan : satu kajian di Politeknik Port Dickson

Mohamad @ Mohd Nor, Aryuziyanti (2004) Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan : satu kajian di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGGUNAAN_ABBM_DALAM_PROSES_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_LUKISAN_KEJURUTERAAN__SATU_.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGGUNAAN ABBM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN SATU KAJIAN KESDI P full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pensyarah Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada semua pensyarah Lukisan Kejuruteraan telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan kekerapan dan min dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan juga perisian Microsoft Excel. Analisis kajian menunjukkan bahawa ABBM jenis bukan elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah tidak pelbagai manakala ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif tidak disediakan langsung dalam Studio Lukisan atau pengajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Kekurangan penyediaan pelbagai jenis ABBM menyebabkan kekerapan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah terhad kepada penggunaan ABBM bukan elektronik. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap kepentingan penggunaan ABBM dalam keberkesanan pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah positif. Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas pelajar, saiz ABBM, penjagaan ABBM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi kekurangan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Diharap pihak berkaitan bekeijasama meningkatkan lagi penggunaan ABBM elektronik dan juga mengadakan kursus untuk membolehkan penggunaan ABBM yang lebih efisyen khususnya dalam Lukisan Kejuruteraan

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Teaching Aids and devices, Mechanical drawing Study and teaching
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 03:24
Last Modified: 20 Nov 2019 02:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1368
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year