UTHM Institutional Repository

Penghasilan buku panduan rekabentuk pengeluaran sebagai ABBM sokongan di dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di KUiTTHO

Mohd Hassan@Abd Ghani, Mohd Shahril (2003) Penghasilan buku panduan rekabentuk pengeluaran sebagai ABBM sokongan di dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_BUKU_PANDUAN_REKABENTUK_PENGELUARAN_SEBAGAI_ABBM_SOKONGAN_DI_DALAM_PROSE.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN BUKU PANDUAN REKABENTUK PENGELUARAN SEBAGAI ABBM SOKONGAN DI DALAM PROSES PEMBELAJARAN full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Sebuah Buku Panduan Rekabentuk Pengeluaran dalam bentuk bahan bercetak dihasilkan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) sokongan untuk pelajar yang mengkhusus di dalam bidang kejuruteraan mekanikal pembuatan. Buku panduan ini dibangunkan berdasarkan kepada Model Rekabentuk Hannafin dan Peck. Pembangunan buku panduan yang dihasilkan ditekankan secara keseluruhan merangkumi konsep yang menggunakan 4 konstruk utama iaitu mesra pengguna, kebolehgunaan, kesesuaian dan motivasi. Keempat - empat konstruk ini digunakan sebagai indikator untuk menilai kualiti buku panduan yang dihasilkan. Kandungan keseluruhan dan seterusnya rekabentuk fizikal buku panduan juga ditekankan. Kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis menggunakan SPSS 11.0 dan diukur dengan kaedah peratusan dan skor min. Sebanyak 24 orang responden terdiri daripada pelajar tahun 4 Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (4BWM) dipilih untuk kajian ini. Hasil daripada kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap kualiti buku panduan yang dihasilkan adalah positif dan ianya sesuai digunakan sebagai ABBM sokongan sama ada disebelah pihak pelajar mahupun pengajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 03:44
Last Modified: 19 Nov 2019 00:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1374
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year