UTHM Institutional Repository

Peluang kerjaya lepasan SPMV dalam bidang elektronik di sektor industri bagi menghasilkan carta aliran kerjaya : satu kajian di tiga buah kilang di daerah Batu Pahat, Johor

Harun, Mazlina (2002) Peluang kerjaya lepasan SPMV dalam bidang elektronik di sektor industri bagi menghasilkan carta aliran kerjaya : satu kajian di tiga buah kilang di daerah Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PELUANG_KERJAYA_LEPASAN_SPMV_DALAM_BIDANG_ELEKTRIK_DAN_ELEKTRONIK_DI_SEKTOR_INDUSTRI.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full Text)
PELUANG KERJAYA LEPASAN SPMV DALAM BIDANG ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SEKTOR INDUSTRI BAGI MENGHASI full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti peluang keijaya lepasan SPMV yang mempunyai kemahiran dalam bidang elektrik dan elektronik di sektor industri, adakah kemahiran yang dimiliki tersebut dapat memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dan untuk mengetahui bagaimanakah responden mendapat maklumat mengenai kerjaya seterusnya membina satu carta aliran kerjaya sebagai rujukan kepada lepasan SPMV untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di sektor industri. Kajian ini dijalankan ke atas pekerja-pekerja yang bekerja di tiga buah kilang elektrik dan elektronik yang terletak di daerah Batu Pahat iaitu Kilang Fujitsu Component(M) Sdn. Bhd, Kilang Sharp Roxy dan Kilang SKP Ind (M) Sdn. Bhd. Daripada jumlah populasi di setiap kilang kajian tersebut, seramai 44 orang pekerja telah dipilih sebagai sampel di kilang Fujitsu, 52 orang di kilang Sharp Roxy dan 32 orang di kilang SKP. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian excel dan SPSS bagi memperolehi nilai kekerapan, peratusan, dan min. Seterusnya dapatan kajian yang diperolehi, dipersembahkan dalam bentuk jadual dan histogram di mana dapatan kajian mendapati bahawa pekeijaan yang paling dominan dan sesuai bagi lepasan SPMV adalah juruteknik, penjaga mesin dan operator. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan bahawa lepasan SPMV amat diperlukan dalam sektor industri perkilangan elektrik dan elektronik. Namun mereka masih belum mengetahui tentang maklumat kerjaya dan laluan kerjaya yang boleh diceburi.dengan jelas. Justeru itu, bagi memastikan lebih ramai lepasan SPMV berpeluang menceburi bidang kerjaya di sektor industri, carta aliran kerjaya telah dibina bagi memberi pengetahuan kepada mereka tentang laluan-laluan kerjaya yang perlu dilalui.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 11 May 2011 01:09
Last Modified: 04 Dec 2019 03:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1388
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year