UTHM Institutional Repository

Pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi program kemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri : satu kajian kes di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dari perspektif pengajar

Haruddin, Hashamiza (2004) Pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi program kemahiran tinggi selaras dengan keperluan industri : satu kajian kes di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dari perspektif pengajar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PENGINTEGRASI_ASPEK_KEMAHIRAN_GENERIK_DLM_PROSES_PENGAJARAN_&_PEMBELAJARAN_BAGI_PROG.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi program kemahiran tinggi selaras dengan keperluan majikan di sektor industri. Kemahiran generik merupakan kemahiran bolehguna yang dapat menyediakan para pelatih institusi kemahiran sebagai tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat keija selaras dengan keperluan k- worker oleh para majikan dalam pelbagai industri. Kajian dijalankan menggunakan kaedah temubual dan kaedah tinjauan menerusi soal-selidik. Sebagai kajian awal, temubual dijalankan dengan beberapa orang majikan di sektor industri sekitar Batu Pahat, bagi meninjau aspekaspek kemahiran generik yang diperlukan untuk di jadikan sumber data bagi penghasilan instrumen kajian kedua iaitu soal selidik. Untuk itu, seramai 59 orang responden, terdiri daripada tenaga pengajar di ADTEC terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS 11.0 dan dikemukakan dalam bentuk taburan skor min dan nilai peratusan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Namun demikian, masih terdapat beberapa aspek yang beberapa aspek yang kurang memuaskan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran menguasai teknologi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 May 2011 03:39
Last Modified: 05 May 2011 03:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1407
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year