UTHM Institutional Repository

Satu kajian kes mengenai permasalahan pembelajaran pelajar tingkatan 5 kursus katering di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah : ke arah pembinaan modul air rebusan, sup, sos dan kuah

Nordin, Surina (2003) Satu kajian kes mengenai permasalahan pembelajaran pelajar tingkatan 5 kursus katering di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah : ke arah pembinaan modul air rebusan, sup, sos dan kuah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_SATU_KAJIAN_KES_MENGENAI_PERMASALAHAN_PEMBELAJARAN_PELAJAR_TINGKATAN_5_KURSUS_KATERI.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
SATU KAJIAN KES MENGENAI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 5 KURSUS KATERING DI SEKOLAH full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pemasalahan yang dihadapi oleh para pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan dalam Kursus Katering. Kajian ini memfokuskan kepada masalah pemahaman yang dihadapi oleh pelajar di dalam topik Air Rebusan, Sup, Sos dan Kuah, mengenalpasti latar belakang pencapaian akademik PMR pelajar dan kaitannya dengan topik tersebut, dan ingin mengenalpasti perkaitan di antara minat, gaya pembelajaran pelajar dan juga motivasi dengan pemahaman mereka di dalam topik tersebut. Di samping itu juga pengkaji ingin mengetahui hasil penerimaan modul yang dibina. Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan. Instrumen kajian ini adalah melibatkan soal selidik yang mengandungi 67 soalan. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 10.0 dengan membuat pengiraan Korelasi, bilangan dan peratus serta skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan di antara latar belakang akademik PMR, minat, gaya pembelajaran dan motivasi dengan pemahaman pelajar dalam memahami topik Air Rebusan, Sup, Sos dan Kuah. Oleh yang demikian, pengkaji telah membina modul pembelajaran kendiri untuk menolong para pelajar bagi membantu mereka untuk lebih memahami topik tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 May 2011 03:05
Last Modified: 05 Dec 2019 04:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1415
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year