UTHM Institutional Repository

Tahap kemahiran pelajar Kejuruteraan Awam Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) Batu Pahat menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran

Simarani, Juhana (2001) Tahap kemahiran pelajar Kejuruteraan Awam Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) Batu Pahat menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TAHAP_KEMAHIRAN_PELAJAR_KEJURUTERAAN_AWAM_KOLEJ_UNIVERSITI_TEKNOLOGI_TUN_HUSSIEN_ONN.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
TAHAP KEMAHIRAN PELAJAR KEJURUTERAAN AWAM KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSIEN ONN (KUiTTHO) BAT full.pdf

Download (2MB)

Abstract

Bidang kajian ini meninjau kemahiran pelajar jurusan Kejuruteraan Awam menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran di politeknik. Dimensi kemahiran yang dikaji ialah kemahiran teknikal, kepimpinan, interaksi dan konseptual. Sampel kajian ialah terdiri dari 100 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di KUiTTHO. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran keseluruhan pelajar terhadap penggunaan komputer adalah positif. Purata pelajar mempunyai pengalaman menggunakan komputer di antara 3 hingga 4 tahun. Kira-kira 66.4% pelajar menyatakan keyakinan yang tinggi dari aspek kemahiran teknikal dan mereka menganggap komputer sebagai pemudah cara pembelajaran. Dimensi kemahiran berinteraksi, 55.1% pelajar menyatakan mereka cenderung berinteraksi terhadap rakan sebaya dan 50.5% cenderung untuk berlatih sendiri dalam menyelesaikan masalah . Tahap kefasihan pelajar berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris adalah sederhana. 57.9% pelajar menyatakan bahawa kemahiran kepimpinan dapat dibina dan komputer beijaya meningkatkan prestasi pembelajaran. Sementara itu, 74.8% pelajar menyatakan penggunaan komputer dapat menjimatkan masa. Dimensi kemahiran konseptual juga adalah sederhana. Hanya 33.7% pelajar menyatakan mudah untuk menginferensi dan mengintergrasi di antara maklumat ketika menggunakan komputer. Pada keseluruhannya kajian ini mendapati pelajar mempunyai tahap kemahiran menggunakan komputer dengan baik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:03
Last Modified: 19 Nov 2019 01:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1417
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year