UTHM Institutional Repository

Tinjauan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar semester tiga tahun 2002 Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Raja Sulaiman, Raja Mahani (2002) Tinjauan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar semester tiga tahun 2002 Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TINJAUAN_TERHADAP_GAYA_PEMBELAJARAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_PELAJAR_SEMESTER_TIGA_TAHUN_.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
TINJAUAN TERHADAP GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR PELAJAR SEMESTER TIGA TAHUN 2002 DIPLOMA A full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajarpelajar semester tiga tahun 2002 kursus Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan gaya pembelajaran pelajar-pelajar dalam mengumpul dan menerima maklumat pembelajaran, mengetahui kemampuan pelajar-pelajar dalam menguasai gaya pembelajaran secara pernyataan bertulis berbanding dengan gaya pembelajaran secara pernyataan lisan dan juga untuk mengetahui sama ada mereka lebih gemar mengamalkan kaedah gaya pembelajaran secara bersendirian atau berkumpulan. Keseluruhan pelajar seramai 62 orang merupakan populasi kajian ini. Kajian ini berbentuk deskriptif dan kaedah kajian yang digunakan ialah menggunakan borang soal selidik untuk memperolehi data berkenaan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 bagi mendapatkan jumlah peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar Diploma Akauntansi telah memperlihatkan kecenderungan tinggi terhadap gaya pembelajaran yang berbentuk 'Angka Tertulis/Pandang' dan juga 'Dengar/Pandang/Kinestetik'. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar-pelajar lebih cenderung terhadap gaya pembelajaran secara bersendirian berbanding dengan gaya pembelajaran secara berkumpulan. Apa yang paling menarik daripada dapatan kajian ini ialah kebanyakan pelajar menunjukkan kecenderungan pada aras yang rendah terhadap gaya pembelajaran yang melibatkan pernyataan dan penghuraian semula secara lisan. Implikasi daripada dapatan di atas dibincangkan dalam Bab V kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:01
Last Modified: 19 Nov 2019 01:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1420
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year