UTHM Institutional Repository

Pemahaman pelajar tingkatan lima katering terhadap bab kaedah memasak dalam mata pelajaran teknologi katering

Wan Sulong, Wan Norliana (2003) Pemahaman pelajar tingkatan lima katering terhadap bab kaedah memasak dalam mata pelajaran teknologi katering. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMAHAMAN_PELAJAR_TINGKATAN_LIMA_KATERING_TERHADAP_BAB_KAEDAH_MEMASAK_DALAM_MATA_PEL.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN LIMA KATERING TERHADAP BAB KAEDAH MEMASAK DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLO full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Bab Kaedah Memasak merupakan salah satu bab yang penting dalam mata pelajaran Teknologi Katering. Faktor terpenting adalah memastikan pelajar menguasai serta memahami konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang betul. Tinjauan awal di Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan Kursus Katering, menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sukar untuk menguasai dan memahami bab tersebut. Berdasarkan hasil tinjauan , pengkaji ingin mengenalpasti pemasalahan dalam memahami bab tersebut. Di samping itu juga, pengkaji ingin mengenalpasti adakah pencapaian pelajar dalam PMR, minat, motivasi dan gaya pembelajaran mempengaruhi pemahaman pelajar, Kajian rintis telah dilakukan terhadap 10 orang responden dengan nilai alpha 0.91. Ini menunjukkan kebolehpercayaan terhadap kajian di jalankan adalah tinggi. Responden adalah terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Lima (ERT) Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor. Keputusan skor min keseluruhan menunjukkan pelajar berminat dan mempunyai motivasi ynag baik dalam bidang ini. Namun begitu, gaya pembelajaran yang diamalkan tidak sesuai dan antara pemyebab wujudnya pemasalahan dalam memahami bab Kaedah Memasak. Ujian kolerasi menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan signifikan antara pencapaian PMR pelajar dengan pemahaman bab tersebut. Sementara minat, motivasi dan gaya pembelajaran membuktikan ada hubungan signifikan dengan pemahaman pelajar dalam bab Kaedah Memasak.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TX Home economics
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 20 Apr 2011 06:46
Last Modified: 13 Jan 2020 01:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1423
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year