UTHM Institutional Repository

Pembangunan bahan bantu pembelajaran berasaskan sistem maklumat berkomputer

Abdul Rahman, Muhamad Zaki (2003) Pembangunan bahan bantu pembelajaran berasaskan sistem maklumat berkomputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_BAHAN_BANTU_PEMBELAJARAN_BERASASKAN_SISTEM_MAKLUMAT_BERKOMPUTER.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN BERASASKAN SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Sistem Maklumat Fakulti Pengurusan, KUiTTHO merupakan salah satu daripada alternatif baru dalam proses pembelajaran pada masa kini. Secara umumnya, pembangunan bahan bantu pembelajaran yang berasaskan sistem maklumat ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester satu, tahun satu yang mengikuti Program Sarjana Muda di Fakulti Pengurusan Teknologi, KUiTTHO. Dalam kajian ini terdapat tiga permasalahan yang dibincangkan, iaitu untuk menentukan tahap keberkesanan sistem maklumat dalam membantu pelajar untuk belajar, untuk menetukan tahap keberkesanan sistem maklumat dalam menarik minat pelajar untuk belajar dan untuk menentukan tahap keberkesanan sistem maklumat dalam proses pencapaian data. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS (The statistical Package for the Social Science). Setiap data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor minnya. Daripada keputusan analisis data, dapatan kajian menunjukan bahawa keseluruhan responden menyokong pembangunan sistem maklumat ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 06:48
Last Modified: 20 Nov 2019 02:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1424
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year