UTHM Institutional Repository

Mengenalpasti permasalahan pelajar kursus katering dalam mata pelajaran teknologi katering di sekolah menengah teknik

Ab. Rahim, Dayang Suhaila (2003) Mengenalpasti permasalahan pelajar kursus katering dalam mata pelajaran teknologi katering di sekolah menengah teknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_MENGENALPASTI_PERMASALAHAN_PELAJAR_KURSUS_KATERING_DALAM_MATA_PELAJARAN_TEKNOLOGI_KA.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pemasalahan, latar belakang akademik (sains), motivasi dan sikap pelajar dalam memahami bab Pemakanan. Sampel kajian ini adalah seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 di Sekolah menengah Teknik Muar, Johor Darul Takzim. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Nilai Alphacronbach bagi kajian rintis ialah 0.8170. Pengkaji menggunakan SPSS versi 10.00 untuk menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan permasalahan pelajar dalam memahami bab Pemakanan seperti kurang bahan rujukan, sikap pelajar dan penggunaan istilah sains yang sukar untuk difahami. Latar belakang akademik pelajar adalah sederhana iaitu majoriti mendapati bagi mata pelajaran sains. Gaya pembelajaran dari aspek rangsangan, emosi, sosiologi dan psikologi adalah tinggi dan ini menunjukkan tiada masalah yang serius berhubung dengan aspek-aspek tersebut Namun begitu dari aspek fisiologi adalah sederhana. Motivasi pelajar juga adalah tinggi. Namun begitu, sikap pelajar dalam memahami bab Pemakanan adalah negatif. Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji telah menghasilkan satu modul cadangan iaitu Modul Pembelajaran Kendiri Bab Pemakanan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TX Home economics
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 20 Apr 2011 06:56
Last Modified: 29 Apr 2011 06:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1436
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year