UTHM Institutional Repository

Meninjau tahap penglibatan orang dewasa dalam pendidikan teknik dan vokasional melalui kelas anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Idris, Isratun (2001) Meninjau tahap penglibatan orang dewasa dalam pendidikan teknik dan vokasional melalui kelas anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TAHAP_PENGLIBATAN_ORANG_DEWASA_DALAM_PENDIDIKAN_TEKNIK_DAN_VOKASIONAL_MELALUI_KELAS_.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
TAHAP PENGLIBATAN ORANG DEWASA DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MELALUI KELAS ANJURAN BAHAGI full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini dibuat adalah bertujuan untuk meninjau tahap penglibatan orang dewasa dalam pendidikan teknik dan vokasional melalui kelas anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Tahap penglibatan ini dilihat dari segi alasan penyertaan mereka, faktor dorongan serta kesan terhadap beberapa aspek. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan KEMAS Sri Gading dengan populasinya ialah 130 orang dan sampel kajian sebanyak 100 telah diambil. Dapatan kajian yang diperolebi menunjukkan bahawa orang dewasa menyertai kelas kemahiran yang dianjurkan kerana beberapa alasan dan antaranya ialah minat belajar, menambahkan kemahiran, mengisi masa lapang dan sebagainya. Dari segi dorongan, hasil kajian menunjukkan orang dewasa menyertai kelas kemahiran ini dengan dorongan diri sendiri, sahabat dan keluarga. Akhir sekali perkara yang di kaji ialah kesan kerana mengikuti kelas kemahiran yang dianjurkan iaitu mereka mendapat kemahiran yang diperlukan, dapat mengisi masa lapang, menambah ilmu dan lain-lain lagi. Pada keseluruhannya boleh dikatakan penglibatan orang dewasa di dalam kelas kemahiran ini mampu memenuhi hasrat kerajaan untuk menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Apr 2011 03:38
Last Modified: 08 Dec 2019 06:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1438
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year