UTHM Institutional Repository

GIS :sistem maklumat pengurusan makmal di KUiTTHO

Basarudin, Zuraini (2003) GIS :sistem maklumat pengurusan makmal di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_GIS__SISTEM_MAKLUMAT_PENGURUSAN_MAKMAL_DI_KUiTTHO.pdf

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
GIS__SISTEM_MAKLUMAT_PENGURUSAN_MAKMAL_DI_KUiTTHO_full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Malaysia sebuah negara yang pesat membangun telah menjadikan bidang teknologi maklumat penting dalam kehidupan seharian. Arus kepesatan ini telah menjadikan bidang teknologi maklumat di negara ini luas diperkatakan dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merapakan salah satu cabang dalam bidang teknologi maklumat. Kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dalam pengurusan dan pentadbiran beberapa buah makmal di KUiTTHO. Kajian ini adalah direkabentuk menggunakan pengumpulan data melalui kaedah instrumensi soal selidik bagi menilai sejauh manakah masalah pencarian sesuatu lokasi di KUiTTHO. Seramai 26 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar KUiTTHO dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik ini. Data kajian dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science 10.0 for Windows (SPSS). Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan tahap masalah pencarian lokasi di KUiTTHO berada ditahap sederhana. Secara keseluruhannya kajian yang dibangunkan telah mencapai objektif. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan keberkesanan sistem maklumat pengurusan makmal.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:08
Last Modified: 18 Sep 2019 03:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1454
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year