UTHM Institutional Repository

Penghasilan modul pengajaran guru bagi mata pelajaran sejarah

Rahmat, Nor Rasyida (2003) Penghasilan modul pengajaran guru bagi mata pelajaran sejarah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_MODUL_PENGAJARAN_GURU_BAGI_MATA_PELAJARAN_SEJARAH.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN MODUL PENGAJARAN GURU BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH full.pdf

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini cuba memperkenalkan penggunaan modul pengajaran guru sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Fokus kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi penerimaan para pelajar dan guru terhadap penghasilan modul pengajaran guru ini. Kajian ini turut melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen iaitu pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran bermodul dan kumpulan kawalan iaitu pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran tradisional. Responden terdiri daripada 60 orang pelajar Tingkatan 4 Teknik di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru. Dapatan data diperolehi dengan menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0 dan Microsoft EXCEL. Pengedaran borang soal selidik dan perlaksanaan ujian pra dan post secara lisan ke atas pelajar telah dilakukan. Keputusan kajian dibuat berdasarkan hasil peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan, persepsi penerimaan para pelajar dan guru terhadap penghasilan modul pengajaran guru bagi mata pelajaran Sejarah adalah sangat positif. Di dapati, pelajar kumpulan eksperimen memperlihatkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian pra dan post yang dijalankan. Sementara pelajar kumpulan kawalan pula, memperlihatkan pencapaian yang kurang memuaskan. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa bahan modul pengajaran guru ini berpotensi diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Semoga dengan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru Sekolah Menegah Teknik di seluruh Malaysia

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:12
Last Modified: 21 Nov 2019 04:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1456
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year