UTHM Institutional Repository

Hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik : satu kajian ke atas pelajar aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan

Mat Il, Mohd Zainal (2004) Hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik : satu kajian ke atas pelajar aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_HUBUNGAN_DIANTARA_STATUS_SOSIO_EKONOMI_(SSE)_KELUARGA_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK_SAT.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar aliran teknikal. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat aliran teknikal di lima buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Rembau, Sekolah Menengah Teknik Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Seramai 350 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak mudah. Analisis regresi mudah dan regresi berbilang digunakan untuk melihat hubungan di antara pembolehubah yang dikaji. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5 dengan membuat pengiraan peratusan dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan secara majoritinya, SSE mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa SSE mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar aliran teknikal. Beberapa cadangan dikemukakan untuk panduan kajian selanjutnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Apr 2011 03:21
Last Modified: 29 Apr 2011 06:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1462
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year