UTHM Institutional Repository

Kajian ke atas sikap pelajar dan pensyarah terhadap amalan keselamatan bengkel dan makmal : kajian kes di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Mohd Noor, Mohd Safirul (2002) Kajian ke atas sikap pelajar dan pensyarah terhadap amalan keselamatan bengkel dan makmal : kajian kes di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KAJIAN_KE_ATAS_SIKAP_PELAJAR_DAN_PENSYARAH_TERHADAP_AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_DAN_M.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
KAJIAN KE ATAS SIKAP PELAJAR DAN PENSYARAH TERHADAP AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DAN MAKMAL KAJIAN K full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), kerja-kerja amali di bengkel dan makmal adalah merupakan pelengkap dan menjadi sebahagian dari kursus tersebut. Dalam era teknologi masa kini, bengkel dan makmal berkembang sejajar dengan pertambahan peralatan-peralatan yang canggih di mana ia memerlukan pengurusan dan pengawasan yang secukupnya. Pertambahan pelajar juga menjadi faktor perlunya pengurusan dan pengawasan yang rapi. Namun kemalangan boleh terjadi pada •bila-bila masa sahaja tanpa diundang. Setiap individu dan organisasi perlu sentiasa berwaspada dan mengamalkan keselamatan dengan bijaksana. Sikap memainkan peranan utama dalam amalan keselamatan di bengkel dan makmal. Kajian ini meninjau sejauh manakah sikap yang diambil oleh pihak yang terlibat dalam melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan dalam kerja-kerja amali di bengkel dan juga makmal di mana keselamatan adalah berkait rapat dengan matlamat pendidikan itu sendiri. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bengkel dan makmal Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB3201 School architecture and equipment. School physical facilities.
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Apr 2011 03:15
Last Modified: 24 Nov 2019 06:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1472
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year