UTHM Institutional Repository

Pembinaan skala dan penentuan tahap pemikiran visual pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO menggunakan set modul soalan matematik berkaitan trigonometri dan bulatan

Mohd Alwi, Nor Shazlyn (2002) Pembinaan skala dan penentuan tahap pemikiran visual pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO menggunakan set modul soalan matematik berkaitan trigonometri dan bulatan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PEMBINAAN_SKALA_DAN_PENENTUAN_TAHAP_PEMIKIRAN_VISUAL_PELAJAR_TAHUN_SATU_DIPLOMA_KEJU.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemikiran visual pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dalam mata pelajaran Matematik (trigonometri dan bulatan). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina skala pembelajaran visual pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal, mengenalpasti tahap pemikiran visual berdasarkan taksonomi Bloom pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan mengenalpasti perbezaan antara pelajar yang mempunyai pemikiran visual tinggi dan rendah. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui set modul soalan matematik trigonometri dan bulatan yang diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu diploma kejuruteraan mekanikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah peratusan bagi tujuan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar diploma kejuruteraan mekanikal memiliki pemikiran visual yang sederhana. Pelajar yang mempunyai pemikiran visual kategori baik mendapat skor pencapaian yang tinggi dan pelajar yang mempunyai pemikiran visual kategori lemah mendapat skor pencapaian yang rendah. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan kajian selanjutnya

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:23
Last Modified: 29 Apr 2011 06:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1476
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year