UTHM Institutional Repository

Pembangunan staf untuk pengintegrasikan e-pembelajaran di politeknik

Ihkasan, Mohd Nor (2005) Pembangunan staf untuk pengintegrasikan e-pembelajaran di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_STAF_UNTUK_PENGINTEGRASIAN_E-_PEMBELAJARAN_DI_POLITEKNIK.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN STAF UNTUK PENGINTEGRASIAN E- PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Pembangunan staf adalah dianggap antara satu faktor bagi menentukan kejayaan pelaksanaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan politeknik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor kritikal, tahap kemahiran teknologi dan tahap kesediaan pembangunan staf terhadap e-pembelajaran di tiga buah politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Salah satu instrumen yang diguna untuk kajian ini telah dibangunkan secara kolaboratif dengan bantuan lebih kurang 40 pakar e-pembelajaran, menggunakan kaedah Delphi atas talian menggunakan perisian sumber terbuka PhP dan pengkalan data MySQL. Instrumen tersebut menampilkan empat aspek penting yang menyumbang kepada kejayaan e-pembelajaran, iaitu; sikap, pedagogi, kepakaran bidang dan kemahiran teknologi. Hasil soal selidik ke atas 382 responden, dari tiga buah politeknik yang dipilih secara rawak menunjukkan beberapa dapatan yang penting. Hasil dari dapatan kajian didapati aspek kemahiran teknologi di kalangan staf politeknik masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan atau ditafsirkan sebagai kurang pakar, manakala bagi tahap kesediaan pembangunan staf, berada pada tahap pelaksana. Berdasarkan dapatan tersebut, beberapa cadangan mengenai pembangunan e-staf telah dikemukakan yang meliputi inisiatif meningkatkan pengintegrasian e-pembelajaran di dalam sistem sedia ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:29
Last Modified: 21 Nov 2019 04:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1487
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year