UTHM Institutional Repository

Pembangunan manual pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi ICA Nicenet

Mat, Rohana (2002) Pembangunan manual pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi ICA Nicenet. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_MANUAL_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BERBANTUKAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KO.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICA N full.pdf

Download (37MB)

Abstract

Selaras dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, maka penggunaan komputer dan peralatan komunikasi yang lain berkembang dengan pesat dalam sektor pendidikan. Perkembangan ini diteguhkan lagi dengan peningkatan dalam tahap pencapaian pelajar melalui penggunaan teknologi berbanding dengan pendekatan tradisional sebelum ini. Pelbagai kajian yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pendidikan tersohor khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran kolaboratif dengan menggunakan teknologi maklumat terns memberikan keputusan yang positif. Pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer (computer mediated collaborative learning) atau CMCL terns menjadi strategi pengajaran dan pembelajaran pilihan dalam era maklumat dan komimikasi berdasarkan keupayaannya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek; jasmani, rohani. emosi, intelek dan kemahiran-kemahiran sosial yang lain. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sendiri. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk menilai aspek rekabentuk. mesra pengguna dan kebolehlaksanaan Manual Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (MPBTMK- ICA Nicenet) yang telah dibina oleh pengkaji. Manual ini mengandungi tatacara untuk menggunakan TCA Nicenet dengan betul kepada penguna pertama kali khususnya kepada pelajar-pelajar. TCA Nicenet dipilih kerana laman ini menawarkan ruang untuk pembelajaran jarak jauh yang menggunakan projek akademik secara kolaboratif. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa Manual Pengajaran dan Pembelajaran (MPBTMK - ICA Nicenet) ini mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk kegunaan pengguna pertama, bersifat mesra pengguna dan menepati aspek kebolehlaksanaan yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 07:32
Last Modified: 21 Nov 2019 04:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1495
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year