UTHM Institutional Repository

Fungsi program persediaan kerjaya :satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat, Johor

Hamat, Rosni (2001) Fungsi program persediaan kerjaya :satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_FUNGSI_PROGRAM_PERSEDIAAN_KERJAYA_SATU_KAJIAN_KES_DI_KALANGAN_SISWAZAH_PROGRAM_SARJA.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
FUNGSI PROGRAM PERSEDIAAN KERJAYA SATU KAJIAN KES DI KALANGAN SISWAZAH PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN full.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertajuk "Fungsi program persediaan kerjaya: Satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor" Program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO merupakan satu-satunya program yang memfokuskan kepada penghasilan bakal pensyarah untuk sektor pendidikan politeknik di Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan graduan mengenai kesesuaian program Saijana Pendidikan (Teknikal) dengan kehendak profesion perguruan di Politeknik. Pelajar semester akhir program ini telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa majoriti responden bersetuju terdapatnya kerelevanan di antara kadar kepentingan ilmu dan kemahiran dengan ketrampilan graduan (purata min; 4.03 dan sisihan piawai; 0.31). Di samping itu, komponen kurikulum program Sarjana Pendidikan (Teknikal) adalah menepati dengan skop tugas guru profesional di Politeknik (purata min; 4.17 dan sisihan piawai; 0.21). Responden bersetuju bahawa semua komponen kurikulum yang sedia ada adalah penting. Subjek seperti MTI 2012; Falsafah Sains dan Pembangunan Sosial dan MTP 3012; Isu-isu Global paling penting, sementara MTT 2703; Pembangunan Sumber Manusia dalam Pendidikan dilihat sebagai paling kurang penting berbanding subjek-subjek lain. Oleh itu, hasil kajian ini mendapati bahawa program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO dapat menyumbang dalam meningkatkan kualiti pensyarah-pensyarah profesional. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada perancang dan pembentuk kurikulum di KUiTTHO untuk meningkatkan kualiti program Saijana Pendidikan (Teknikal) pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 27 Apr 2011 07:48
Last Modified: 14 Nov 2019 02:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1502
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year