UTHM Institutional Repository

Pembangunan portal pendidikan geografi berasaskan web-based GIS

Mohd Yusoff, Normieza (2003) Pembangunan portal pendidikan geografi berasaskan web-based GIS. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_PORTAL_PENDIDIKAN_GEOGRAFI_BERASASKAN_WEB-BASED_GIS.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full text)
PEMBANGUNAN PORTAL PENDIDIKAN GEOGRAFI BERASASKAN WEB-BASED GIS full.pdf

Download (7MB)

Abstract

Penggunaan teknologi GIS masih lagi baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. Justeru itu, pembangunan Portal Pendidikan Geografi berasaskan web-based GIS ini adalah merupakan satu kajian yang cuba menonjolkan penggunaan teknologi GIS dalam pendidikan khususnya bidang Geografi. Selain itu, kajian ini turut meninjau keperluan pembangunan Portal Pendidikan Geografi berasaskan web-based GIS. Untuk itu, satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada 34 orang responden yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Pangkalan Chepa. Data yang diperolehi telah dianalisis dan didapati bahawa para pelajar bersetuju bahawa pembinaan laman web Portal Pendidikan Geografi ini perlu sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran Geografi. Bagi penilaian terhadap laman web yang telah dihasilkan, satu set borang soal selidik lagi turut diedarkan kepada 5 orang penilai pakar yang terdiri daripada pensyarahpensyarah GIS , Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik ini juga kemudiannya turut dianalisis. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa laman web yang dibina mempunyai rekabentuk, pangkalan data dan aplikasi GIS yang sesuai dengan keperluan pengguna. Selain itu, dapatan daripada penilaian yang telah dilakukan turut menunjukkan bahawa laman web ini boleh dilaksanakan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 08:11
Last Modified: 30 Sep 2019 06:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1524
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year