UTHM Institutional Repository

Mengenal pasti masalah pemahaman dan hubungannya dengan latar belakang matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat pelajar terhadap bab pengawalan kos makanan di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Rembau : satu kajian kes

Awadz@Hussin, Hafidah (2003) Mengenal pasti masalah pemahaman dan hubungannya dengan latar belakang matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat pelajar terhadap bab pengawalan kos makanan di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Rembau : satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_MENGENALPASTI_MASALAH_PEMAHAMAN_&_HUBUNGANNYA_DENGAN_LATAR_BELAKANG_MATEMATIK,GAYA_P.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
MENGENALPASTI MASALAH PEMAHAMAN & HUBUNGANNYA DENGAN LATAR BELAKANG MATEMATIK,GAYA PEMBELAJARAN,MO full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan korelasi antara latar belakang Matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat dengan pemahaman pelajar terhadap bab tersebut. Responden adalah seramai 30 orang iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan lima kursus Katering, Sekolah Menengah Teknik (ERT) Rembau, Negeri Sembilan. Instrumen kajian adalah soal selidik dan semua data dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0 untuk mendapatkan nilai min dan nilai korelasi bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hubungan korelasi antara gaya pembelajaran pelajar terhadap pemahaman pelajar adalah kuat. Manakala hubungan korelasi antara latar belakang Matematik, motivasi dan minat terhadap pemahaman pelajar adalah sederhana. Nilai tahap min bagi masalah pemahaman pelajar, latar belakang Matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat terhadap bab Pengawalan Kos Makanan adalah sederhana. Kajian ini mencadangkan penghasilan satu Modul Pembelajaran Kendiri bagi bab Pengawalan Kos Makanan untuk membantu pelajar kursus Katering dalam proses pembelajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 21 Apr 2011 01:00
Last Modified: 24 Nov 2019 06:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1540
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year