UTHM Institutional Repository

Tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman semasa latihan industri sebagai persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan dalam sektor pelancongan /|c

Abu Hassan, Norhaslin (2003) Tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman semasa latihan industri sebagai persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan dalam sektor pelancongan /|c. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TAHAP_PENGUASAAN_PENGETAHUAN,_KEMAHIRAN_SERTA_PENGALAMAN_SEMASA_LATIHAN_INDUSTRI_SEB.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full text)
TAHAP PENGUASAAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN SERTA PENGALAMAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI SEBAGAI PERSEDIAA full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau "Tahap Penguasaan Pengetahuan, Kemahiran serta Pengalaman Semasa Latihan Industri Sebagai Persediaan Sebelum Memasuki Dunia Pekeijaan Dalam Sektor Pelancongan". Kajian ini difokuskan kepada para pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Johor Bahru. Tinjauan ini juga cuba menentukan aras atau tahap pelajar terhadap penguasaan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian di POLIJB, penguasaan kemahiran yang melibatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran penggunaan komputer dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan sebelum menceburkan diri dalam sektor pelancongan serta pengalaman pelajar semasa menjalani latihan industri dalam bidang pelancongan. Dengan ini, satu set soal selidik telah diedarkan kepada sejumlah 36 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 6 di Politeknik Johor Bahru. Sebelum itu, kajian rintis juga telah dijalankan untuk menjamin kebolehpercayaan soalan-soalan tersebut dengan pengesahan kandungan melalui khidmat pakar. Maklumat yang terkumpul telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan dan min dalam perisian komputer SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap ketiga-tiga perkara adalah sederhana sahaja. Ini bermakna masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki di mana beberapa cadangan dan saranan telah dikemukakan. Cadangan ini juga membawa kepada penghasilan produk yang berupa Senarai Semak dalam bentuk laman web.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 20 Apr 2011 08:40
Last Modified: 30 Sep 2019 05:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year