UTHM Institutional Repository

Penghasilan instrumen psikometrik bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar

Jamil, Faridah (2007) Penghasilan instrumen psikometrik bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PENGHASILAN_INSTRUMEN_PSIKOMETRIK_BAGI_MENGUKUR_TAHAP_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar pengajian tinggi seperti yang dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Walau bagaimana pun belum terdapat satu instrumen yang boleh di gunakan bagi mengukur Kemahiran Insaniah yang dimiliki oleh pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dan mengenai pasti sama ada instrumen psikometrik yang dihasilkan mempunyai kebolehpercayaan bagi tujuan mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sampel kajian melibatkan pelajar tahun akhir Ijazah Saijana Muda UTHM yang dipilih secara rawak untuk dijadikan responden kajian. Pengedaran soal selidik telah di tadbir sendiri oleh pengkaji dengan mengedarkan dan memungutnya terus daripada responden. Bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan bagi instrumen yang dihasilkan tiga kaedah dengan menggunakan program SPSS versi 11.0. Kajian rintis telah dijalankan sebanyak dua kali melibatkan 40 orang responden bagi rintis pertama yang bertujuan menguji kebolehpercayaan item bagi bahagian 1 dan 15 orang responden bagi rintis kedua yang bertujuan menguji kebolehpercayaan item bagi bahagian 2 dengan menggunakan Kaedah Konsistensi Dalaman dan Kaedah Pemisahan Separa atau Kaedah Bahagi Dua. Bagi kajian sebenar kaedah penganalisisan data adalah menggunakan Korelasi Pearson, yang bertujuan untuk melihat korelasi skor di antara Ujian Pra-Pasca bagi 140 orang responden kajian. Keputusan Ujian Pra-Pasca mendapati lima daripada tujuh bahagian kemahiran yang dibangunkan mempunyai tahap korelasi, r=0.70 ke atas pada aras kesignifikinan p<0.01 yang bererti bahawa instrumen sesuai dan boleh dipercayai untuk mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar UTHM. Setelah analisis dilakukan terhadap tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar, didapati tahap penguasaan pelajar berada pada tahap baik sahaja. Ini memperlihatkan banyak lagi usaha perlu dilakukan dalam meningkatkan Kemahiran Insaniah pelajar-pelajar ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 27 Apr 2011 02:42
Last Modified: 29 Apr 2011 06:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1581
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year