UTHM Institutional Repository

Penghijrahan pekerja bidang teknikal ke bidang pendidikan : satu kajian kes

Nik Pa, Nik Hasnira (2001) Penghijrahan pekerja bidang teknikal ke bidang pendidikan : satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHIJRAHAN_PEKERJA_BIDANG_TEKNIKAL_KE_BIDANG_PENDIDIKAN__SATU_KAJIAN_KES.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHIJRAHAN PEKERJA BIDANG TEKNIKAL KE BIDANG PENDIDIKAN SATU KAJIAN KES full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor penghijrahan pekerja bidang teknikal ke bidang pendidikan. Tumpuan kajian berdasarkan tiga faktor utama iaitu faktor keijaya pendidik itu sendiri, faktor dorongan dan faktor ganjaran serta satu faktor sampingan iaitu permasalahan di tempat kerja lama. Faktor ini merangkumi beberapa aspek iaitu persekitaran kerja, penyeliaan, bebanan tugas, kekangan masa dan rakan sekerja. Kajian ini juga meninjau hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan keputusan memilih bidang pendidikan berdasarkan variabel jantina. Data kajian diperolehi melalui 48 item soal selidik yang diedarkan kepada 56 orang tenaga pengajar Jabatan Kejuruteraan, Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Semua responden mempunyai pengalaman bekerja di bidang teknikal sebelum memasuki bidang pendidikan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science). Statistik kekerapan, skor, peratusan, min dan juga Ujian-T digunakan untuk menjawab beberapa persoalan kajian. Dapatan kajian merumuskan bahawa faktor kerjaya pendidik itu sendiri merupakan faktor pendorong yang paling utama, kemudian diikuti dengan faktor ganjaran dan faktor dorongan. Bagi aspek permasalahan di tempat kerja lama, dimensi kekangan masa dan bebanan tugas dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada perletakan jawatan dan penghijrahan ke bidang pendidikan. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor-faktor yang terlibat dengan variabel jantina kecuali bagi dimensi rakan sekerja.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 21 Apr 2011 02:53
Last Modified: 14 Nov 2019 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1594
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year