UTHM Institutional Repository

Kerangka program pendidikan berterusan bagi bidang teknik dan vokasional berorientasikan pembangunan lestari

Azroai, Anis Mardhiyah (2008) Kerangka program pendidikan berterusan bagi bidang teknik dan vokasional berorientasikan pembangunan lestari. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24_Pages_from_KERANGKA_PROGRAM_PENDIDIKAN_BERTERUSAN_BAGI_BIDANG_TEKNIK_DAN_VOKASIONAL_BERORENTASI.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
KERANGKA PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN BAGI BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BERORENTASIKAN PEMBANGUNA full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Bidang teknik dan vokasional adalah salah satu disiplin di bawah skop program pendidikan berterusan (PB) yang ditawarkan pusat-pusat PB di institusi pengajian tinggi (IPT). Pusat-pusat ini mempunyai tanggungjawab besar untuk melatih semula atau meningkatkan sumber manusia yang berada dalam pasaran kerja. Oleh kerana itu, pusat PB menerima penyertaan dalam kalangan profesional yang secara langsung terlibat dengan pembangunan negara. Walaupun terdapat program-program yang berjaya mengimplementasikan pelbagai kemahiran ke dalam kurikulum, terdapat banyak faktor yang menghalang falsafah kelestarian yang mana antaranya ialah kurang pendedahan dan kesedaran ke arah pembangunan lestari. Ini berlaku disebabkan ketiadaan garis panduan di pusat-pusat PB tempatan. Maka tujuan kajian ini ialah untuk (i) mengenal pasti status semasa orientasi pembangunan lestari di pusat-pusat PB, (ii) mengenal pasti komponen-komponen utama struktur program yang berkaitan pembangunan lestari dan, (iii) membangunkan kerangka program PB bagi teknik dan vokasional yang mengandungi hanya komponen-komponen terpilih untuk disahkan. Kajian kuantitatif ini dilaksanakan menggunakan kaedah Delphi yang diubahsuai yang mana melibatkan penyertaan 33 pakar dalam bidang-bidang yang relevan yang dipilih secara bertujuan merujuk kepada jawatan mereka. Metodologi ini memerlukan dua pusingan edaran instrumen untuk mendapatkan konsensus daripada pakar-pakar dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual untuk sokongan. Analisis dilaksanakan secara deskriptif menggunakan SPSS dalam menghasilkan min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan kerangka yang mengandungi lapan komponen iaitu keperluan program (min=4.1152), hasil pembelajaran (min=4.2970), reka bentuk kurikulum (min=4.2606) kaedah P&P (min=4.2987), penilaian (min=4.1465), staf (min=4.2242), fasiliti dan sokongan (min=4.2000), danjaminan kualiti (min=4.3212). Komponen-komponen tersebut mengandungi 43 ciri-ciri pembangunan lestari. Keseluruhannya, kerangka ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk mereka bentuk dan mengimplementasikan program PB untuk melengkapkan para peserta supaya lebih berusaha mengenali dan mendorong orang lain untuk menobatkan nilai dan amalan-amalan pembangunan lestari.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 21 Apr 2011 09:02
Last Modified: 30 Oct 2019 01:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1603
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year