UTHM Institutional Repository

Pembangunan dan penganalisisan aplikasi permohonan peruntukkan penyelenggaraan bangunan sekolah berasaskan proses pengurusan dalam kejuruteraan awam.

Shamsuddin , Sharifah Hamimah (2011) Pembangunan dan penganalisisan aplikasi permohonan peruntukkan penyelenggaraan bangunan sekolah berasaskan proses pengurusan dalam kejuruteraan awam. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SHARIFAH_HAMIMAH_SHAMSUDDIN2.pdf

Download (383kB)

Abstract

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan fungsi bangunan dapat dilaksanakan sebagaimana fungsinya secara normal. Penyelenggaraan bangunan sekolah adalah aktiviti rutin yang harus dijalankan memandangkan sekolah adalah lokasi pertama dalam pengembangan minda kanak-kanak. Namun begitu, kajian literatur menunjukkan terdapat beberapa masalah dalam pengurusan penyelenggaraan yang lazimnya diselia oleh ahli jawatankuasa penyelenggaraan sekolah. Antaranya ialah kegagalan mereka mematuhi Pekeliling Am Bil.2 Tahun 1995 dalam proses permohonan penyelenggaraan. Disebabkan permasalahan tersebut, tesis ini diwujudkan bagi membantu mereka dalam menyelesaikan sebahagian masalah yang dihadapi dengan cara membangunkan satu aplikasi permohonan penyelenggaraan sekolah berkomputer. Pembangunan aplikasi adalah menggunakan Microsoft Access. Aplikasi pertama yang dibangunkan adalah CoRTMaS di mana ia hanya tertumpu kepada penyelenggaraan bumbung dan tandas berdasarkan kepada kajian literatur yang mengatakan 2 komponen ini paling kerap mengalami kerosakan. Hasil soal selidik diuji menggunakan SPSS dan mendapati kadar ketepatan hasil kajian adalah α = 0.893. Walaupun hasil kajian CoRTMaS amat memuaskan, aplikasi SiPBaS dibangunkan bagi menambah baik fungsi aplikasi dalam CoRTMaS. Kesimpulannya, pembangunan aplikasi dapat menyumbang kepada kelancaran proses permohonan penyelenggaraan sekolah namun terdapat beberapa cadangan lanjutan yang dicadangkan bagi memantapkan aplikasi SiPBaS iaitu menjadikan aplikasi ini berfungsi secara atas talian, mewujudkan ruangan bagi memuat turun gambar kerosakan serta mewujudkan kod keselamatan untuk kontraktor terlibat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH3301-3411 Maintenance and repair
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 19 Sep 2011 05:35
Last Modified: 19 Sep 2011 05:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1645
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year