UTHM Institutional Repository

Program “I See You”; aplikasi pembelajaran masteri dalam matapelajaran Sains PMR di SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor

Subawi@Fendi, Irrinna Shakinah and Mohd. Ismail, Haslina and Md. Nasir, Hafiza and Hashim, Mohd Noor (2010) Program “I See You”; aplikasi pembelajaran masteri dalam matapelajaran Sains PMR di SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

[img] PDF
mohd_noor_hashim.pdf

Download (565kB)

Abstract

Program “I See You” di SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor adalah satu program intervensi akademik pelajar menggunakan pendekatan pembelajaran masteri dalam matapelajaran Sains Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. Seramai 64 pelajar dari 155 pelajar mendapat gred C dan D dalam peperiksaan percubaan PMR 2009. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian 64 pelajar dalam kelompok gred Gred C dan D, mewakili sebanyak 41.29 peratus dari keseluruhan 155 calon Sains PMR 2009. Program Pembelajaran Bersifat Individu ini menserasikan kebolehan pelajar secara individu dengan isi kandungan dan pendekatan pembelajaran. Kadar perkembangan pengajaran guru adalah mengikut kemampuan penguasaan pelajar. Program “I See You” mendapat kerjasama dari guru-guru matapelajaran, unit bimbingan dan kaunseling dan pihak pentadbiran sekolah. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mendokumenkan proses dan kejayaan program. Sasaran utama pemerhatian pengkaji adalah ke atas 64 pelajar (100 peratus) lemah (Gred C dan D) dalam percubaan PMR 2009. Pemerhatian dibuat menggunakan rekabentuk eksperimen melibatkan gred mata pelajaran Sains bagi individu responden dalam peperiksaan percubaan PMR (Ujian Pra) dan PMR 2009 sebenar (Ujian Pasca). Dapatan kajian menunjukkan seramai 63 responden (98.44 peratus) responden berjaya mendapat gred A dan B dalam peperiksaan PMR 2009. Pencapaian matapelajaran Sains ini selari dengan data unjuran sekolah iaitu untuk mencapai 155 calon (70.78 peratus) mendapat A dalam PMR 2009. Nisbah responden yang bersetuju dengan pendekatan pembelajaran masteri berjaya membantu pelajar berpencapaian rendah adalah 52 orang (80 peratus). Kesimpulan kajian ini mendapati Program “I See You” mendapat penerimaan yang baik sebagai program intervensi meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pembelajaran Masteri; “I See You”; pencapaian; persepsi; perbandingan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 20 Jun 2011 03:26
Last Modified: 20 Jun 2011 03:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1652
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year