UTHM Institutional Repository

Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia

Amiruddin, Mohd Hasril (2009) Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_HASRIL_AMIRUDDIN.pdf

Download (137kB)

Abstract

Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Data kajian telah diproses menggunakan perisian Statiscal Process for Social Science (SPSS) versi 15. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif seperti taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan TMK di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia adalah berada di tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah pada tahap mahir dan pada item tertentu masih perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini diharapkan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan latihan serta program berkaitan kemahiran menggunakan kemudahan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi memastikan guru-guru sedia ada ataupun bakal-bakal guru benar-benar bersedia mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar generasi baru yang celik teknologi maklumat dalam menempuh era siber yang lebih mencabar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 19 Sep 2011 06:00
Last Modified: 19 Sep 2011 06:00
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1679
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year