UTHM Institutional Repository

Pembangunan model penentuan keperluan perumahan. Kajian kes: Johor Bahru, Malaysia

Zulkepli, Masitah (2011) Pembangunan model penentuan keperluan perumahan. Kajian kes: Johor Bahru, Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MASITAH_BINTI_ZULKEPLI.pdf

Download (659kB)

Abstract

Perumahan merupakan satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi di mana ia telah menjadi dasar kerajaan untuk menyediakan rumah bagi setiap rakyat. Rancangan Malaysia terdahulu telah cuba merancang bagi merealisasikan dasar ini. Walaupun anggaran keperluan perumahan dibuat di bawah Rancangan Malaysia, namun anggaran tersebut tidak membayangkan keperluan sebenar pembeli dan penyewa rumah di Malaysia. Negara-negara maju telah menggunakan pelbagai model dalam menentukan keperluan perumahan. Namun begitu, model-model tersebut tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana data yang terhad. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif iaitu, mengenal pasti model dan faktor yang signifikan bagi menentukan keperluan perumahan, dan kedua menghasilkan model penentuan keperluan perumahan di Malaysia. Skop kajian ini tertumpu kepada pembeli dan penyewa rumah di Daerah Johor Bahru yang dipilih melalui kaedah pesampelan kelompok pelbagai peringkat. Data diperolehi melalui borang kaji selidik dan dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan taburan kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai manakala statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk pembentukan model. Dengan menggunakan kaedah Enter, satu model yang signifikan dapat dihasilkan (F4,178 = 353.699 p < 0.05. Adjusted R square = .886) yang signifikan terhadap dua faktor utama iaitu demografi dan kemampuan. Model yang dihasilkan bagi kajian ini adalah General Linear Model. Model ini dapat digunakan bagi menentukan keperluan perumahan di Johor Bahru. Ia juga berfungsi sebagai alat penting dalam perancangan sektor perumahan pada masa hadapan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD101-1396 Land use
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Sep 2011 04:15
Last Modified: 28 Sep 2011 04:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1708
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year