UTHM Institutional Repository

Penyertaan belia dalam aktiviti Gerakan Belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan

Isa, Khairunesa and Mohamed Yusof, Mohamed Azrul Syam (2011) Penyertaan belia dalam aktiviti Gerakan Belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan. In: Persidangan Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011, 20-21 April 2011, Universiti Malaysia Sarawak. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Khairunesa_Isa_FSSW_(PKSS_2011).pdf

Download (219kB)

Abstract

Kertas kajian mengkaji penyertaan ahli Gerakan Belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan. Enam aspek yang diteliti adalah penghuraian tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan, penyertaan responden dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah serta tahap penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Seramai 60 ahli Gerakan Belia 4B telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temubual bersemuka berasaskan panduan temubual dan soal selidik yang ditadbir sendiri. Hasil kajian mendapati pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan pada tahun 2005 hingga 2006 masih diteruskan seperti Pameran Anti Dadah, Sambutan Kemerdekaan, Kursus Hala Tuju, Kursus Jati Diri dan lain-lain lagi. Penyertaan belia dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah menunjukkan majoriti belia menyertai setiap aktiviti yang dilakukan. Hasil analisis mendapati bahawa lebih kurang separuh tahap penyertaan responden adalah sederhana dalam keempat-empat kategori aktiviti yang disediakan. Kesimpulannya, majoriti responden yang tinggal di kawasan kajian menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan dan terlibat dalam proses perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: penyertaan belia; Gerakan Belia 4B; penglibatan dalam komuniti
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Humanities
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 15 Aug 2011 03:54
Last Modified: 15 Aug 2011 03:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1719
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year