UTHM Institutional Repository

Teknik pembelajaran andragogi dalam kalangan pelajar dewasa di Institusi Pengajaran Tinggi Awam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Sikor, Ashari and Ibrahim, Sapon and Mohd Hashim, Mohamad Hisham and Madar, Ahmad Rizal and Zamani, Noor Azila (2011) Teknik pembelajaran andragogi dalam kalangan pelajar dewasa di Institusi Pengajaran Tinggi Awam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Project Report. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
0424x.pdf

Download (12MB)

Abstract

Teknik pembelajaran yang betul dan bersesuaian merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang pelajar agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Sehubungan itu, kajian ini ber~ujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan teknik pembeIajaran paling dominan yang diamalkan dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga untuk menentukan teknik pembelajaran yang paling sesuai dalam konteks teknik pembelajaran andragogi. Seterusnya, kajian ini juga untuk mengenal pasti sekiranya terdapat hubungan antara teknik pembelajaran terhadap demografi pelajar. Skop Gajian ini memfokuskan kepada pernasalahan semasa proses pembelajaran dalam kalangan 108 orang pelajar dewasa yang mengikuti program Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan PKPGB di TPTA. Kajian dilakukan secara kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik dan temu bual sokongan sebagai alat instrumen. Data-data dianalisis rnenggunakan perisian LStutistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan min skor, peratusan dan sisihan piawai. Korelasi Spearman's Rho digunakan untuk menentukan hubungan di antara teknik pembelajaran dengan demografi pelajar iaitu dari segi jantina, bangsa, umur dan pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian mendapati masalah yang sering dihadapi dalam kalangan pelajar dewasa adalah berasa risau terhadap pencapaian akademik. Manakala teknik pembelajaran yang dominan digunakan oleh pelajar dewasa ialah teknik perbincangan dan teknik mengingat. Seterusnya, terdapat hubungan di antara teknik pembelajaran terhadap umur pelajar walaupun pada tahap yang lemah. Oleh itu, diharap kajian ini dapat memberi rnanfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan turut dinyatakan dalam kajian ini dalam usaha meningkatkan teknik pembelaj aran pelajar.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 04 Oct 2011 06:56
Last Modified: 04 Oct 2011 06:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1784
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year