UTHM Institutional Repository

Komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di negeri Melaka

Hj. Idris, Mohd Safie and Sikor, Hj.Ashari and Mohd Ariff, Siti Zahara and Mustafa, Mohd Zaid Komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di negeri Melaka. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
mohd_safiee.pdf

Download (171kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di Negeri Melaka. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat aspek komunikasi ini daripada 3 aspek utama iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Seramai 80 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Responden yang dipilih terdiri daripada guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di negeri Melaka. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan skor min, Ujian T Tak Bersandar dan ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik menguasai kemahiran komunikasi ini dengan baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan komunikasi di kalangan guruguru teknikal yang berlainan jantina, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi interpersonal di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik yang boleh dilaksanakan untuk kajian lanjutan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran interpersonal, komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 29 Mar 2010 15:23
Last Modified: 21 Jan 2015 08:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/183
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year