UTHM Institutional Repository

Penguasaan kemahiran pemesinan Computer Numerical Control (CNC) dalam kalangan pelajar diploma di Politeknik dan Institusi Kemahiran di Malaysia

Paimin, Aini Nazura and Hashim, Mohd Noor and Mohd Noor, Mohd Shahril and Mustapha, Muhammad (2008) Penguasaan kemahiran pemesinan Computer Numerical Control (CNC) dalam kalangan pelajar diploma di Politeknik dan Institusi Kemahiran di Malaysia. In: National Conference on Skills and Competencies in Education, 16 February 2008, Science University of Malaysia.

[img] PDF
PENGUASAAN_KEMAHIRAN_PEMESINAN_COMPUTER_AINI_NAZURA_PAIMIN.pdf

Download (581kB)

Abstract

Perkembangan teknologi canggih dalam industri pembuatan menimbulkan masalah kepada majikan di industri yang memerlukan tenaga pekerja mahir dalam bidang pemesinan CNC. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap penguasaan kemahiran pemesinan CNC di kalangan pelajar yang mengambil kursus diploma di politeknik dan institusi kemahiran di Malaysia. Kajian dibuat menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Instrumen soal selidik melibatkan populasi pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di politeknik (N=47) dan pelajar kursus Diploma Teknologi Pembuatan(N=96) beserta majikan tempat pelajar ini menjalani latihan industri. Instrumen temu bual digunakan bagi tujuan temu bual ke atas ketua jabatan dan pensyarah di politeknik serta pengurus dan tenaga pengajar di institusi kemahiran. Hasil kajian menunjukkan penguasaan kemahiran pemesinan CNC di kalangan pelajar adalah sederhana menurut persepsi majikan. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar, pensyarah dan tenaga pengajar mempamerkan keterampilan yang baik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhan, terbukti bahawa kesemua faktor yang telah disenaraikan seperti kurikulum, prasarana dan kemudahan sistem sokongan mempengaruhi penguasaan kemahiran teknikal pelajar manakala faktor utama adalah sikap dan minat pelajar dalam menguasai kemahiran pemesinan CNC.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 05 Oct 2011 04:33
Last Modified: 05 Oct 2011 04:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1928
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year