UTHM Institutional Repository

Masalah dalam pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia

Zuraidi , Siti Nor Fatimah and Akasah , Zainal Abidin and Abdul Rahman, Mohammad Ashraf (2011) Masalah dalam pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011, 20-21 April 2011, Universiti Malaysia Sarawak.

[img]
Preview
PDF
zainal_abidin_FKMP_(PKSS2011).pdf

Download (137kB)

Abstract

Bangunan-bangunan warisan merupakan satu sejarah negara yang amat bernilai dan berharga. Bagi mengekalkan bangunan-bangunan warisan ini, pemuliharaan atau penyelenggaraan hendaklah dijalankan untuk menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk dan nilai seni bina. Prinsip-prinsip pemuliharaan yang seharusnya dipraktikkan adalah pembaikan, penyelenggaraan, pemuliharaan, pembangunan semula dan penyesuai gunaan. Kesan peninggalan sejarah seperti bangunan warisan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan serba ringkas tentang masalah yang dihadapi dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Masalah ini memberi kesan yang besar terhadap prestasi dan keadaan bangunan, stabilisasi struktur dan ciri-ciri bangunan. Terdapat pelbagai aspek yang boleh dibincangkan apabila memperkatakan tentang pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia, walau bagaimanapun kajian ini hanya memfokuskan kepada aspek utama iaitu usaha pemuliharaan. Dengan mengambil Malaysia sebagai kawasan tumpuan, kajian ini cuba menghuraikan aspek dengan lebih lanjut. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat digunakan bagi mengenal pasti masalah yang boleh mendedahkan penemuan yang berkaitan dengan bangunan warisan dan memperbincangkan cadangan-cadangan untuk mempertahankan dan melindungi bangunan warisan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pemuliharaan; penyelenggaraan; bangunan warisan
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Construction Engineering and Architecture
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Oct 2011 03:32
Last Modified: 05 Oct 2011 03:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2007
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year