UTHM Institutional Repository

Pembentukan penunjuk dan indeks kualiti hidup bagi mengukur kesejahteraan hidup masyarakat di Pekan Parit Raja, Johor

Shafii, Haryati and Miskam, Nurasyikin (2011) Pembentukan penunjuk dan indeks kualiti hidup bagi mengukur kesejahteraan hidup masyarakat di Pekan Parit Raja, Johor. In: Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke 3, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

[img]
Preview
PDF
Hayati_FPTPK_(PKGAS).pdf

Download (203kB)

Abstract

Di Malaysia, proses transformasi sememangnya berkait rapat dengan kesan pembangunan akibat daripada pertumbuhan ekonomi termasuk di pekan kecil. Isu transformasi yang berlaku di pekan kecil pada asasnya telah memberi kesan perubahan pelbagai sudut mencakupi pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindustrian, prasarana dan perumahan. Perubahan tersebut sekaligus menyaksikan sebuah pekan kecil menjadi padat dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyatnya. Namun demikian, kesan pembangunan terhadap alam sekitar turut terheret di kawasan bandar malahan luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan persekitaran yang merosot menjejaskan kualiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakatnya. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti perkembangan pembangunan dan persekitaran pekan Parit Raja, mengkaji perubahan sosioekonomi penduduk setempat dan mengkaji keperluan dan kehendak penduduk setempat mengikut ruang dan masa. Kawasan kajian hanya meliputi kawasan Parit Raja iaitu 1.80 peratus daripada keluasan kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dimana skop memberi tumpuan kepada transformasi yang dialami di pekan Parit Raja dari segi perkembangan fizikal, sosial dan ekonomi. Untuk itu, kaedah pemerhatian di lapangan telah dijalankan, kaedah temubual dan pengedaran borang soal selidik. Kajian ini dijangka dapat menilai aras semasa keupayaan pekan kecil ini menerima pembangunan serta mengesan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat. Selain itu juga, kajian ini dijadikan wacana dalam meningkatkan kefahaman terhadap aspek kelestarian dalam proses perbandaran. Malah kajian ini diharapkan berupaya membentuk penunjuk dan indeks kualiti hidup di pekan Parit Raja yang mengambil kira kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat di dalamnya

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 05 Oct 2011 04:33
Last Modified: 05 Oct 2011 04:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2016
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year