UTHM Institutional Repository

Kajian terhadap struktur bagi mengawal hakisan dan banjir di tepi sungai Kelantan

Ta Wee , Seow and Ariffin, Roslin (2011) Kajian terhadap struktur bagi mengawal hakisan dan banjir di tepi sungai Kelantan. In: Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke 3 , Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

[img]
Preview
PDF
Seow_Ta_Wee_2_FPTPK_(PKGAS).pdf

Download (717kB)

Abstract

Fenomena banjir dan hakisan merupakan bencana alam yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Kelantan, taburan hujan pada bulan November hingga Januari meningkat sehingga 1750mm. Keadaan ini menyebabkan masalah banjir berlaku dan kadar hakisan juga meningkat secara mendadak. Langkah bagi mengawal masalah ini ialah dengan memberi perlindungan pada tebing sungai dan juga kepada penduduk setempat. Struktur kawalan hakisan dan banjir di tepi sungai merupakan kaedah pengawalan yang penting dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Pembinaan struktur kawalan ini juga dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan kemusnahan harta benda penduduk setempat dan ekosistem sungai. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji struktur pembinaan bagi mengawal hakisan dan banjir serta pandangan penduduk setempat mengenai struktur yang dibina di kawasan mereka tinggal. Skop kajian ini tertumpu di kawasan Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu di mana responden yang dipilih adalah JPS Negeri Kelantan dan penduduk di kawasan kajian. Kaedah temubual digunakan kepada pegawai JPS negeri Kelantan dan soalselidik digunakan kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat data sekunder juga digunakan iaitu melibatkan kajian literatur daripada buku, surat khabar, tesis lepas dan internet. Hasil daripada analisis kajian, didapati pembinaan struktur kawalan hakisan dan banjir yang dibina oleh pihak JPS hanya mampu mengawal masalah hakisan dan tidak sesuai digunakan untuk menangani masalah banjir kerana masalah banjir masih berlaku di kawasan kajian disebabkan faktor semulajadi. Manakala pandangan penduduk di kawasan kajian memuaskan kerana pembinaan struktur tersebut dapat menyumbang pembangunan dan melindungi harta benda penduduk. Oleh itu, beberapa cadangan telah diutarakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak untuk meningkatkan penyediaan struktur dan pemilihan struktur yang sesuai bagi mengawal hakisan dan banjir supaya semua pihak dapat menjalani kehidupan dengan selesa. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh diharap dapat memberi pemahaman, pengawalan, dan garispanduan terhadap pemilihan struktur yang sesuai

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: struktur; hakisan; banjir; sungai
Subjects: T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 05 Oct 2011 04:36
Last Modified: 05 Oct 2011 04:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2017
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year