UTHM Institutional Repository

Kajian penyediaan fasiliti orang kurang upaya (OKU) di institusi kerajaan di Nusajaya, Johor Bahru

Sanmargaraja, Shalini and Ta Wee , Seow (2011) Kajian penyediaan fasiliti orang kurang upaya (OKU) di institusi kerajaan di Nusajaya, Johor Bahru. In: Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke 3, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

[img]
Preview
PDF
Seow_Ta_Wee_FPTPK_(PKGAS).pdf

Download (474kB)

Abstract

Selaras dengan pertambahan bilangan orang kurang upaya (OKU), maka lebih banyak projek yang berkaitan dengan keperluan pengguna OKU perlu dibina. Namun dalam keghairahan mengejar keperluan permintaan yang semakin meningkat, kita seolah-olah lupa kepada tanggungjawab sosial yang perlu diambilkira dalam setiap pembangunan. Aksesibiliti merupakan aspek yang penting dalam industri pembinaan. Hal ini kerana penekanan asksesibiliti dalam industri ini akan dapat mengurangkan segala permasalahan mudah capai dalam dan luar sesebuah bangunan kerajaan, swasta dan sebagainya. Walaupun wujud beberapa akta yang berkaitan namun ia masih belum mencukupi untuk menangani pelbagai masalah kekurangan fasiliti yang berlaku. Kajian ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan yang selesa dan menikmati semua fasiliti yang disediakan seperti orang lain.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penyediaan dan perancangan fasiliti OKU di institusi kerajaan di Bandar Nusajaya, Johor Bahru dan mengkaji pandangan warga OKU terhadap fasiliti yang telah disediakan. Kajian ini akan dijalankan di institusi kerajaan di Bandar Nusajaya, Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada kemudahan OKU yang disediakan dalam dan luar bangunan kerajaan. Kaedah metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti kaedah kajian literatur, pemerhatian, pengauditan, borang soal selidik dan temu bual. Hasil kajian yang didapati menunjukkan bahawa fasiliti OKU yang terdapat di setiap bangunan masih berada dalam tahap kekurangan dan fasiliti tersebut perlu dibaiki dan dilakukan penambahbaikan secepat mungkin untuk meningkatkan kualiti fasiliti OKU

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Sistem Pengurusan Fasiliti; Orang Kurang Upaya (OKU); Institusi Kerajaan
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 05 Oct 2011 04:21
Last Modified: 05 Oct 2011 04:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2027
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year