UTHM Institutional Repository

Kepentingan fungsi gaya berfikir sternberg dalam institusi pengajian tinggi

Mei , Yee Heong and Adam, Nurul Nadiah and Tze , Tee Kiong (2009) Kepentingan fungsi gaya berfikir sternberg dalam institusi pengajian tinggi. In: International Conference on Teaching and Learning in Higher Education 2009 (ICTLHE09), 23-25 November 2009, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
KEPENTINGAN_FUNGSI_GAYA_BERFIKIR_STERNBERG_YEE_MEI_HEONG_2009.pdf

Download (849kB)

Abstract

Gaya yang dimaksudkan adalah keutamaan gaya terhadap berfikir (Sternberg, 1997). Ia bukan suatu kebolehan, tetapi bagaimana kita menggunakan kebolehan yang sedia ada. Grigorenko dan Zhang (2008) berpendapat bahawa gaya berfikir merupakan perbezaan dalam pendekatan untuk suatu tugasan dan pertentangan pendapat dengan kebolehan masing-masing. Manusia mempunyai Fungsi Gaya Berfikir yang berlainan. Jenis Fungsi Gaya Berfikir dan kepelbagaian pemikiran adalah dua aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para pensyarah dan pelajar perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri justeru berupaya mengecapi kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan. Sehubungan dengan ini, satu kajian tentang kepentingan Fungsi Gaya Berfikir Sternberg dalam institusi pengajian tinggi telah dirancang untuk tujuan di atas. Artikel ini mengemukakan idea awal kajian ini. Elemen-elemen penting yang telah dikenal pasti dalam Fungsi Gaya Berfikir Sternberg termasuk : (a) Gaya Legislatif, (b) Gaya Eksekutif, dan (c) Gaya Kehakiman. Perbincangan artikel ini juga menyentuh defmisi, jenis pemikiran dan gaya berfikir. Selain itu, artikel ini turut membicarakan Model Gaya Berfikir Sternberg (1997) dan kepentingan Fungsi Gaya Berfikir Sternberg dalam institusi pengajian tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: gaya Berfikir; fungsi gaya berfikir; model gaya berfikir Sternberg; pengajaran dan pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 05 Oct 2011 07:43
Last Modified: 05 Oct 2011 07:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2044
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year